Pulau redang
merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi
di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan
juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba. Pulau ini
terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk
Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai
kawasan pantai dan chalet atau resort. Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di
Pasir Panjang di mana terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai
tersebut. Tidak seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan
resort di sini menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis
bilik serta perkhidmatan yang di tawarkan.
Laguna Redang,
Redang Kalong, Redang Reef, Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacifica Resort adalah
merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang. Jika anda
inginkan suasana yang lebih ‘privacy’ atau sunyi anda boleh memilih untuk menginap
di Redang Mutiara yang terletak di Teluk Kalong atau jika anda mempunyai baget
apa salahnya menginap di Berjaya Redang yang terletak di Teluk Dalam, yang
pasti biarkan percutian anda itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan
belanjakan.
Oleh kerana
percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk
snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa
untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut
Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.Saya akan ceritakan perihal Taman
Laut ini dalam artikel yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak pergi
snorkeling jika sekiranya anda mahu bersantai-santai sambil menikmati keindahan
Pulau Redang atau bermain volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan
operator chalet. Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan ‘sun
block’ bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.

keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke arah timur jadi pada setiap
pagi ketika berada di sana anda akan berpeluang melihat matahari terbit. Saya
nasihatkan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan ilahi
ini. Selewatnya anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia
dengan kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan
rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau Redang.
Bagi mereka yang
berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di
sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti
Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau
Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai
keindahan dasar laut untuk anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen
menyelam anda masih dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di
panggil sebagai ‘discovery scuba’, anda akan di ajar teknik asas menyelam dan
di bawa menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh ‘dive
master’. Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar
laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.
0 Response to "Pulau Redang yang terkenal"
Post a Comment