Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting Langkawi adalah sebuah tasik air tawar berkeluasan 3 padang bola sepak yang tersorok oleh sebuah jejeran bukit yang kelihatan seperti seorang wanita hamil sedang berbaring.
Terletak 20 km dari bandar Kuah, tasik yang kononnya pernah menjadi kegemaran puteri kayangan bernama Mayang Sari ini kerap menjadi tumpuan pelancong untuk mandi-manda, bergambar dan melakukan aktiviti berkayak. Ramai juga yang datang ke tasik ini untuk minum airnya yang dikatakan mujarab untuk mereka yang belum mempunyai cahayamata.
Anda bakal di bawa oleh bot ke jeti sebelum anda ditinggalkan untuk aktiviti bebas di tasik selama lebih kurang 1 jam.Dari jeti, anda perlu berjalan kira-kira 15 minit sebelum sampai ke tasik ini. Untuk ke Tasik Dayang Bunting, anda boleh mengambil pakej Island Hopping yang bermula dari RM30 ke atas.


Pakej Island Hopping ini selalunya membawa anda ke sini serta ke beberapa pulau lainnya selain aktiviti memberi makan helang dan mandi-manda. Anda boleh membeli pakej ini di hotel, kawasan jeti dan dari agen pelancongan di bandar ini. Anda dinasihatkan membeli 1 hari sebelum hari lawatan. Pakej island hopping selalunya mengambil masa 3-4 jam. Jangan lupa bawa makanan, minuman dan sunblock.
Di tasik ini, anda boleh duduk bersantai di platform terapung sambil merendam kaki untuk digigit ikan-ikan yang ada di sini. Mereka yang boleh berenang, dibenarkan mandi-manda dengan menggunakan jaket keselamatan. Anda juga boleh menaiki bot kayu bersolar atau menyewa kayak untuk melihat kawasan sekitar tasik.
  • Tasik ini dalamnya kira-kira setinggi bangunan 3 tingkat – jangan terjun jika anda tidak tahu berenang.
  • Jika anda pandai berenang, sewa jaket keselamatan yang di sediakan di platform tasik sebelum mandi.
  • Oleh kerana jumlah pengunjung yang ramai, anda mungkin tidak dapat diselamatkan jika tenggelam. Telah ada kes mati lemas akibat mandi di sini.




0 Response to "Tasik Dayang Bunting"

Post a Comment