Menaiki kereta kabel Langkawi di Gunung Mat Cincang adalah sesuatu menggerunkan, tetapi tarikan wajib bagi semua pengunjung baru ke pulau ini.
Menggunakan teknologi Swiss, cable car Langkawi ini bakal membawa anda dalam satu perjalanan sejauh 1.7 km sebelum singgah di Stesen Tengah. Anda bakal dibawa ke sana dengan sebuah kereta 6 tempat duduk berlantai kaca yang dicangkuk pada satu tali kabel panjang.
Perjalanan ini menggerunkan kerana kereta kabel anda akan naik dengan curam. Hujan dan angin yang menggoyangkan gondola/kereta kabel ini juga bakal menambahkan kegerunan menaikinya.
Di stesen tengah, anda boleh turun dan berjalan ke platform untuk melihat pemandangan Pulau Langkawi. Jika anda sudah tidak sanggup lagi naik ke atas, anda boleh memilih untuk turun semula dengan gondola ke bawah.
Namun begitu, mereka yang masih mahu merasai puncak keseronokan cable car Langkawi ini boleh meneruskan semula perjalanan dengan gondola hingga ke puncak gunung — tempat terletaknya jambatan gantung Langkawi yang menjadi bualan ramai.
Jom share <3 Langkawi :)
0 Response to "Cable Car (Panorama Langkawi)"
Post a Comment